Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku dalam kronologi peristiwa isra' & mikraj yang boleh kita ambil sebagai pengajaran & panduan untuk kita tempuhi dalam kehidupan sebagai manusia yang serba lemah dan tidak pernah lari dari ujian Allah mahupun godaan syaitan. Ikuti rentetan perjalanan Rasulullah S.A.W sebelum Isra' & Mikraj sehinggalah apa yang berlaku ketika itu.
Sebelum Isra’ & Mikraj
Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah S.A.W dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra“itu.
Semasa Isra’ (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa)
Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah S.A.W telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
1.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah
2.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu daripada Allah
3.Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S dilahirkan)
Peristiwa Isra’
1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.
2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah.
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulang-ulang kali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia terlanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
Peristiwa Mikraj
1. Wanita menangis sambil meminta tolong tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seeprti kaldai dan menerima berbagai balasan. Wanita yang suka membuat fitnah bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnnya sendiri. Balasan bagi wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan kebelakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takbur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api neraka dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

1 ulasan:
ooo,,bru tau. Thanks 4 the in4mation.
Catat Ulasan